Thursday, October 20, 2011

persoalan wanita .



Assalamualaiukum && greetings . 




Di petangpetang yg dituruni hujan nie ( ceh! ayat nk ikut skema bdk bm ) aku nak share sedikit info yg aku cedok dr rakan efbee aku . memandangkan skrg ni isu murtad dah jd smkin hangat && rmai saudara seISLAM yg terpesong jln nya , maka aku yakin sgt3x kite sume WAJIB memuhasabah diri && renungrenung kmbali dri kita yg serba kekurangan nie sebab kita nie yg kekurangan . ALLAH shj lah yg MAHA SEMPURNA.






Jadi wahai sahabatsahabat , janganlah kamu goyah kerana persoalanpersoalan biasa yg hanya akan merugikanmu di kemudian hari kelak . Kerana Allah menjadikanmu sgt luar biasa && istimewa wahai wanita .






enjoy ur reading peeps ! Allah The Almighty really loves us . 








TUJUH PEREMPUAN BERTANYA,SEORANG LELAKI MENJAWAB~

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

KELUHAN REMAJA PEREMPUAN A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

KELUHAN ISTERIi A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

KELUHAN REMAJA PEREMPUAN B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

KELUHAN REMAJA PEREMPUAN C:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

KELUHAN ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

KELUHAN ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

KELUHAN REMAJA PEREMPUAN C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

LELAKI BERIMAN menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut
.









See???? Allah mmg sangatsangat sayangkan kita . Kalau ada keraguan atau kemusykilan terhadap persoalan yg diutarakan pada korang, rujuklah pd mereka yg lebih berilmu . Jangan terlalu cpt melatah dgn apa yg korang dengar, lihat && alami . 




Sekian . Wassalam .

Friday, October 7, 2011

friends .

Assalamualaikum && salam sejahtera .


Takde yg interesting pon yg nak share . lately khdupan sgt busy . belog terchenta pon dah brkurun tak update . dah amik kos sc pertanian . sbuk + penadd ke ladang la gamaknya . klu cuaca baik, blh la spend once in a week kat ladang . tp klu cuaca x ok sgt, kdg2 kna dtg keesokan harinya tok continue kejekeje yg trgendala .




skrg ni byk plak org buat status kat fb psl roommate , housemate n mcm2 mate lagik lahh . hehe ! okey, fine ! korang pnye pasallah nak wat status ape pon . aku tak kesah . tp juz nk remind je kat korang terima lah kawankawan korang seadanya . pandaipandai lah bawak diri kat tmpat org . jgn expect sume kat dunia ni kena puaskan hati anda . maaf , ini reminder saje .






juz wanna remind u all n also me,myself bout these :



  • treat all ur frens as well as u can
  • accept them tak kira who they are . kaya, miskin, cerdik , kurang cerdik ..sume same je. everyone hv their own special abilities. 
  • before mnilai org, nilailah diri sndri dlu . 
  • kite sume saling melengkapi . jgn brharap satu pihak je yg kna puaskn hati pihak yg lain.
  • kalau ade yg tak puas hati, selesaikn cara baik. pendam dlm hati tu takde gunanya . sndri yg sakit weh .
  • jgn kutuk atau membnci kwn korang, silap2 yg korang bnci tu la yg tlg korang nnt. nnt dri sndri jugak yg malu. mane nk letak muka ? tempek  dgn t**k pon blom tntu dpt cover malu. 
  • jgn brsikap kenegerian sgt. brcampur lah.  ini tidak. nak geng2 ngn org negeri die jewk . barulah trbuka minda.


that's it ! bnda2 neh la yg aku nk share . actually lbh kpd pmrhatian n pngalaman aku spnjang brgelar mahasiswi ni. bnda neh blaku kat mana2 je . hrap sgt dpt dielakkan . okeh ?



maaf trkasar bhsa dlm entri ni . hargailah kwn korang . berada kat tempat baru mmg mncabar . sometimes things happened not as expected . tak semuanya yg indahindah belaka . learn to accept people around u . anggaplah dorang hadir dlm hidup kite demi memberi kite satu pengalaman yg takkan kite dpt dlm subjek maths , kimia , bio , etc . ingatlah, alam ni sendiri merupakan guru yg trbaik buat kita . byk yg kita dpt belajar dari alam .





*sekian