Sunday, October 28, 2012

Lawatan ke Ladang Infoternak, Sg. Siput (U), Perak .

Assalamualaikum && greetings !


Seperti tajuk kat atas tu, memang untuk entri kali ni nak ceghite pasal pengalaman aku melihat dengan mata kepala aku sendiri kandang kambing kat Ladang Infoternak yang terletak kat Sungai Siput Utara, Perak. Dari Tg. Malim mengambil masa lebih kurang 2 jam jgak lah. Tak jauh mana pun. Memanglah tak terasa jauh kan bila dalam bus ko dok membuta nana oiii! Bhahahahahahahahaha! 

Kami bertolak ke Ladang tu pukul 8 pagi n sampai sana pukul 10 cmtu. Aku pun tak ingat exact time tu bila coz dah eksaited tahap petala kelapan bila jejak je tanah turun dari bus. Muehehehehehe! Turun turun je dari bus kami diminta ke sebuah hall (mcm bilik mesyuarat). Kami diterangkan mengenai ladang tersebut termasuklah sejarahnya, pengurusannya dan juga mengenai ternakan yang diusahakan. Kemudian ada briefing sikit mengenai apa yang akan kami lakukan ketika di ladang tersebut.



dari kiri : Zati, Aku, Fiza, Fira, Sha


Selesai je sesi briefing bagai tu, kitorang dibawa ke tempat penternakan kambing. Sebelum naik ke kandang kambing, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana makanan kambing dihasilkan. Selain pellet, kambing-kambing kat sini diberi makan rumput peram (silage). Bukan rumput biasa tau. Silage ni dah ditambah macam2 nutrient tau. 



rumput sebelum dibuat silage.



 Kemudian, rumput tu dimasukkan dalam bekas biru mcm dalam gambar ni. Pastikan bekas tu kedap udara.



Mampatkan rumput yang diletakkan dalam bekas tu. Kemudian siram dengan larutan molasses, urea, EM. 



Silage yang dah siap !

Kelebihan Silage :

  • Lebih selera daripada rumput kering.
  • Boleh disimpan lebih lama.
  • Menjimatkan ruang penyimpanan


Silage yang dah siap ditanda dengan nama rumput yang digunakan, campurannya iaitu urea dan molasses beserta tarikh dibuat. 

Untuk pengetahuan korang, rumput ada mcm2 jenis tau.  




Ini pulak silage-silage yang dah siap dan kemudiannya disimpan. 


Ni lah dia kandang kambing tu ! Eksaited!!


Sebelum naik ke kandang kena cuci tapak kasut dulu. Untuk elakkan jangkitan pada kambing kalau tak silap. 





emmbekkkkk! embekkk!



Hi ! Comel kan saya ?


Mula-mula naik kandang kambing ni, memang tak tahan bau dia. Tapi dalam masa 5 minit, alhamdulillah aku boleh sesuaikan diri n bau tu dah tak jadi pelik lagi bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke kandang kambing. Rasa hepi giler bila dapat tengok kambing depan mata sendiri sampai hanya mampu snap gambar je. Padahal aku sepatutnya bertanya itu ini pada pegawai so that tak lost masa buat report nanti. Tapi apakan daya, kebatakan mengatasi segalanya. HAHAHAHAHAH ! 

Seriously, kambing-kambing ni omey je aku tengok. Tapi bila bergaduh, ya ampun! Scary giler! Selain daripada dapat tengok kambing gaduh depan mata, dapat gak aku tengok kambing susukan anak, kambing kencing, berak. Memang a great experience lah weh ! Btw, selain dari menternak kambing, kat ladang ni jugak ada ternak burung unta n rusa. Kalau nk rasa pengalaman pijak telur burung unta pon boleh. Tapi waktu petang lah ye sebab kakitangan ladang akan mengutip telur setiap petang. Jangan lepaskan peluang minum susu kambing yang fresh tau bila datang sini! Sedap sangat ! Trust me !


Burung unta kat blakang tuh..


Wajah-wajah gembira



Having fun !



Memang seronok sangat. Pengalaman baru bagi orang macam aku. Sorry for segala kekurangan dalam entri ni. =) 

Tak boleh nak letak gambar banyak2. Nak rasa pengalamannya, boleh la berkunjung ke Ladang Infoternak ye ~

Wassalam..












Wednesday, October 10, 2012

imma beginner !

Assalamualaikum && greetings ! 

Yezzzza! I'm a beginner ! Cenggitu la tajuk entri hari ni. Beginner? Ye, aku mmg masih belajar dan belajar menggunakan dslr. Memang agak rumit sebab nak dapatkan gambar-gambar yang cantik lagi cun and da bomb, kena bijak setting kamera tuh! Serius! Baru sekarang tau it's not that easy to understand macam-macam bahasa fotografi. Aperture laa..Shutter..bla bla bla bla bla... 

Tapi, tak salah mencuba dan belajar kan? 

Pada korang-korang yang nak beli dslr and nak cuba berjinak-jinak dengan fotografi:



  • Beli dslr yang sesuai untuk beginner. Macam nikon D3100, D5100 & Canon EOS 1100d ( ada model lain lagi ). Belajar dulu. Kasik pro dlu, then baru upgrade guna yang lagi canggih.
  • Jangan lupa beli buku fotografi & magazine tentang fotografi. Belajar dari situ. Fahamkan dengan lebih mendalam lagi function yang ada pada dslr. Kat magazine plak, boleh tengok cara-cara photographer snap gambar. Aku ada beli majalah Aperture. Dalam tu dia siap letak komen ngan cara-cara nak amik gambar yang cantik.Macam-macam lagilah dia explain sampai aku tak ingat. Majalah ni aku beli kat Popular. Kedai buku lain pun ada gak mcm MPH.

Tu je lah pun aku nak cite memalam gini. Sebenarnya nak tunjuk gambar je. HEHEHEHE !










Nampak tak perbezaannya?












*Saya budak baru belajar.