Tuesday, December 11, 2012

Missing

Assalamualaikum && greetings.







If only i can rewind those days.. when my abah were here beside me, kissing me and shower me with all his loves. Ye, sangat rindu akan saat itu. Tak puas merasa kasih sayang lagi. Tak puas berada di sisi abah yang sangat sangat awesome & lawak. Sangat menceriakan hari hari di rumah. Semua orang pun sayang abah. Siapa yang tak ingat kat abah ? Even saudara mara pun sangat sangat rindu dengan lawak abah. 








Dan awal tahun ni, kehilangan seorang adek plak. Ya Allah.. Only He knows how much the pain i had. Bukan senang nak sorokkan air mata, tahan nangis depan ummi tercinta. Konon konon tabah. Tapi kuat mana la aku kan. Masa kehilangan arwah abah, masih boleh bertahan lagi. Tapi bila kehilangan berlaku kali kedua, semua orang pon akan rasa macam dahan tempat berpaut dah hanyut. Masa tu mungkin korang akan jadi macam aku. Hati hancur lumat and always asking " Kenapa aku yang adik beradik sikit ni yang kena mcm ni?" Kenapa bukan yang adik beradik ramai tu yang kena tarik?" Rasa macam dunia tak adil. Tapi lama-kelamaan, everything gonna be just fine. Bila kita dah muhasabah diri, kita akan dapat terima dengan redha. Itu pentingnya sentiasa bersandarkan pada Allah dan belajarlah tawakal and redha for everything He sets for us. Allah sebaik-baik perancang.


There's so much thing happen in my life. Nak kongsi pengalaman kat sini pon macam tak sanggup je coz macam macam aku tempuhi. Disebalik gelak ketawa yang kuat, senyuman yang lebar (erkkk??), tersembunyi 1001 cerita.


Wassalam.







Monday, December 10, 2012

yessss ! dapat maggie shawl !

Assalamualaikum && greetings .


Takde apa sangat pun nak ceghite kat blog nih . But sajesaje nak kongsi, share (dan segala perkataan yang seangkatan dengannya lah) pasal shawl yang super duper gojesss and best nih. Seriously, mmg senang nak pakai. Simple je. Tu yang penting. Maybe ramai yang dah tau and ada yang dah beli pon. Silalah kesian kat aku yang baru dapat peluang merasai ke'super'an shawl ni. Baru ada chance nak pakai coz selama ni nak beli online asyik sold out je. Akhirnya, dapat jugak. Tu pon setelah meminta tolong dengan yang tersayang belikan kat butik. Sorry ye. And a big thanks to u.  *clap clap clap

 Alahai, sikit punya panjang intro tapi tak mention lagi shawl apa. It's MAGGIE SHAWL from CALA QISYA



Abaikan spek pinjam kat kedai tu. 







Usha-usha la kat sini ehh.. Memang cun habes lah !




*HAPPY SHOPPING !





Sunday, October 28, 2012

Lawatan ke Ladang Infoternak, Sg. Siput (U), Perak .

Assalamualaikum && greetings !


Seperti tajuk kat atas tu, memang untuk entri kali ni nak ceghite pasal pengalaman aku melihat dengan mata kepala aku sendiri kandang kambing kat Ladang Infoternak yang terletak kat Sungai Siput Utara, Perak. Dari Tg. Malim mengambil masa lebih kurang 2 jam jgak lah. Tak jauh mana pun. Memanglah tak terasa jauh kan bila dalam bus ko dok membuta nana oiii! Bhahahahahahahahaha! 

Kami bertolak ke Ladang tu pukul 8 pagi n sampai sana pukul 10 cmtu. Aku pun tak ingat exact time tu bila coz dah eksaited tahap petala kelapan bila jejak je tanah turun dari bus. Muehehehehehe! Turun turun je dari bus kami diminta ke sebuah hall (mcm bilik mesyuarat). Kami diterangkan mengenai ladang tersebut termasuklah sejarahnya, pengurusannya dan juga mengenai ternakan yang diusahakan. Kemudian ada briefing sikit mengenai apa yang akan kami lakukan ketika di ladang tersebut.



dari kiri : Zati, Aku, Fiza, Fira, Sha


Selesai je sesi briefing bagai tu, kitorang dibawa ke tempat penternakan kambing. Sebelum naik ke kandang kambing, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana makanan kambing dihasilkan. Selain pellet, kambing-kambing kat sini diberi makan rumput peram (silage). Bukan rumput biasa tau. Silage ni dah ditambah macam2 nutrient tau. 



rumput sebelum dibuat silage.



 Kemudian, rumput tu dimasukkan dalam bekas biru mcm dalam gambar ni. Pastikan bekas tu kedap udara.



Mampatkan rumput yang diletakkan dalam bekas tu. Kemudian siram dengan larutan molasses, urea, EM. 



Silage yang dah siap !

Kelebihan Silage :

  • Lebih selera daripada rumput kering.
  • Boleh disimpan lebih lama.
  • Menjimatkan ruang penyimpanan


Silage yang dah siap ditanda dengan nama rumput yang digunakan, campurannya iaitu urea dan molasses beserta tarikh dibuat. 

Untuk pengetahuan korang, rumput ada mcm2 jenis tau.  




Ini pulak silage-silage yang dah siap dan kemudiannya disimpan. 


Ni lah dia kandang kambing tu ! Eksaited!!


Sebelum naik ke kandang kena cuci tapak kasut dulu. Untuk elakkan jangkitan pada kambing kalau tak silap. 





emmbekkkkk! embekkk!



Hi ! Comel kan saya ?


Mula-mula naik kandang kambing ni, memang tak tahan bau dia. Tapi dalam masa 5 minit, alhamdulillah aku boleh sesuaikan diri n bau tu dah tak jadi pelik lagi bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke kandang kambing. Rasa hepi giler bila dapat tengok kambing depan mata sendiri sampai hanya mampu snap gambar je. Padahal aku sepatutnya bertanya itu ini pada pegawai so that tak lost masa buat report nanti. Tapi apakan daya, kebatakan mengatasi segalanya. HAHAHAHAHAH ! 

Seriously, kambing-kambing ni omey je aku tengok. Tapi bila bergaduh, ya ampun! Scary giler! Selain daripada dapat tengok kambing gaduh depan mata, dapat gak aku tengok kambing susukan anak, kambing kencing, berak. Memang a great experience lah weh ! Btw, selain dari menternak kambing, kat ladang ni jugak ada ternak burung unta n rusa. Kalau nk rasa pengalaman pijak telur burung unta pon boleh. Tapi waktu petang lah ye sebab kakitangan ladang akan mengutip telur setiap petang. Jangan lepaskan peluang minum susu kambing yang fresh tau bila datang sini! Sedap sangat ! Trust me !


Burung unta kat blakang tuh..


Wajah-wajah gembira



Having fun !



Memang seronok sangat. Pengalaman baru bagi orang macam aku. Sorry for segala kekurangan dalam entri ni. =) 

Tak boleh nak letak gambar banyak2. Nak rasa pengalamannya, boleh la berkunjung ke Ladang Infoternak ye ~

Wassalam..












Wednesday, October 10, 2012

imma beginner !

Assalamualaikum && greetings ! 

Yezzzza! I'm a beginner ! Cenggitu la tajuk entri hari ni. Beginner? Ye, aku mmg masih belajar dan belajar menggunakan dslr. Memang agak rumit sebab nak dapatkan gambar-gambar yang cantik lagi cun and da bomb, kena bijak setting kamera tuh! Serius! Baru sekarang tau it's not that easy to understand macam-macam bahasa fotografi. Aperture laa..Shutter..bla bla bla bla bla... 

Tapi, tak salah mencuba dan belajar kan? 

Pada korang-korang yang nak beli dslr and nak cuba berjinak-jinak dengan fotografi:



  • Beli dslr yang sesuai untuk beginner. Macam nikon D3100, D5100 & Canon EOS 1100d ( ada model lain lagi ). Belajar dulu. Kasik pro dlu, then baru upgrade guna yang lagi canggih.
  • Jangan lupa beli buku fotografi & magazine tentang fotografi. Belajar dari situ. Fahamkan dengan lebih mendalam lagi function yang ada pada dslr. Kat magazine plak, boleh tengok cara-cara photographer snap gambar. Aku ada beli majalah Aperture. Dalam tu dia siap letak komen ngan cara-cara nak amik gambar yang cantik.Macam-macam lagilah dia explain sampai aku tak ingat. Majalah ni aku beli kat Popular. Kedai buku lain pun ada gak mcm MPH.

Tu je lah pun aku nak cite memalam gini. Sebenarnya nak tunjuk gambar je. HEHEHEHE !










Nampak tak perbezaannya?












*Saya budak baru belajar.


Tuesday, September 11, 2012

Hi New Semester !

Assalamualaikum && greetings !



Wohoooo ! Setelah 2 hari baru ada chance nak say HI! to new semester. Nampak tak ke'busy'an aku disitu ? Bhahahahahhahah ! Ye ini serius. Bukan main-main. Bukan jugak acah-acah. Salah satu faktor yang lain, aku frust sebab bilik aku tak dapat line wifi. Frust woo! Tapi takdelah sampai menonggeng. Kehadiran broadband terchenta lagi berjasa lagi setia mengubat kelukaan aku. Cewah ! Nak bersastera pulokk ! 

Anyway,



Welcome New Semester ! 



Diam tak diam, aku dah masuk semester 3. Makin lama subjek makin susah. Janganlah kemalasan bertandang. Hope everything will go on smoothly. Tanpa masalah yang besar-besar (sebab masalah tu memang akan ada dalam hidup). 


Hari Ahad tu aku dengan ummi aje lah yang mengangkat barang sama-sama gi tingkat 7. Rumah baru aku. Bilik baru. Housemate baru. And of course roommate baru. And the best thing, my roommate is my coursemate ! Berbalik pada pasal angkat barang tadi, ye memang aku berdua je dengan ummi. Dulu ada adik, but now everything is different. Juz kami berdua. But it's okayyyy! 


Penat toksah cakap la kan. Pagi tu dengan aku yang kemas-kemas barangnya lepas tu gi kenduri kawen Acik Ani then trus shoot ke Tanjong Malim. Cuaca yang agak panas membuat aku lebih penat. Rasa nak tido je dalam kereta tapi ummi tak bagi. Kalau diiukutkan, ummi lagi penat. Pagi-pagi da kena bangun join Larian 100000 Langkah tu. Malam tu plak aku gi jamuan raya kolej. Yelah, dah penat berkemas, perut kosong. Jalan penyelesaiannya melantak je la kan. Abis lemang, rendang, nasi hujan panas & ais krim aku sapu! Full sungguh perut aku. Akibatnya kekenyangan, tido then bangun lewat esoknya. Mueheheheh! Naseb takde kelas.  *jejoget


Secara ikhlasnya (ayat tak leh blahh!), aku sayang betul nak tinggalkan cuti 3 bulan ni. Banyak benda yang aku buat, aku try. Main ice skating, bowling,archery, pi Sunway Lagoon and banyak lagi la! Nak ceghite pon malas. Sebab banyak sangat. Ehhh ?! 





archery





bowling





melantak itu bakat aku ! #SeoulGarden




Seriously, those 3 months were very meaningful ! Sampai rasa malas sangat nak naik sem baru. Haha ! Enjoy tu enjoy jugak kan. Belajar tetap belajar walaupun malas itu menguasai. Ehhh?!


#Harapan nak download AdamDanHawa berkecai bila tak dapat line wifi.










Wednesday, September 5, 2012

Lawatan ke Cameron Highland Part 2


Assalamualaikum && greetings!


Setelah sekian lama baru muncul kat blog ni. Almaklumlahhh, raya le katakan. Amik peluang spend time dgn family, member and also insan tersayang. By the way, ni bukan entri raya, jauh sekali entri berjimba dengan member. Ni entri lapuk! Cerita lapuk! Tapi empunya blog masih lagi nk story kan even dia tahu takde sape yang baca blog dia. Eh, kau dah kenapa ? 

Ohkayyy, sambung dari entri sebelum ni. Pasal lawatan aku ke Cameron. Just nk kasi usha gambar je. Yokk usha !






menunggu nasi lemak. awesome nasi lemak dia plus sgt murah.



aku posing jap depan keta orang.



roommate ku di sini.



we are very hap'pening ! bhahahahha !



and kami semua cun ! *sila bagi pelempang


Kat belakang tu hotel yang kami sewa. PINE & ROSES HOTEL CAMERON HIGHLANDS. Di sini biliknya berkonsepkan dorm. Katil double decker dan boleh memuatkan 8 orang sebilik. They also provide rooms with queen size bed. Kalau yang pergi ramai-ramai dengan member atau buat lawatan macam kami, bilik yang berkonsepkan dormitory tu sesuai. 




yeayyy! arrived at Ladang Strawberi Al-Mashoor




Eh, posing kejap dengan strawberi omey ni.. ala omeyy nya !



ape la si fiza ni pikir ye.. ^^




Kat Al-Mashoor ni ada jual macam-macam. Ada jual teh perisa strawberi, lemon, anggur. ada jual jem strawberi.. Kalau pergi sini jangan lupa try aiskrim strawberi and strawberi salut coklat. Memang awesome habeslah !




Abaikan aku yang posing over eh.




meet my bestie, fiza. 



suddenly jadi kanak-kanak riang plakk. 




omo omo cute nya !


syiro dan saya !



the only guy in the middle,named manja . cantik kan bunga kt belakang tu ?


inilah bunganya. morning glory kan ?



zoom sikit sekuntum ! so nice !



berjalan sambil makan aiskrim strawberi. memang umpphh!


bakal-bakal cikgu sains pertanian yg vogue !



pose sikit depan umah org. umah kat sini cantik-cantik !



mendengar taklimat dari prof mohamad. eh, aku dengar ke ? sibuk snap picture ade lahh !



naik bukit melawat ladang atas bukit.



view dari atas bukit. 



tadaaaaaaaaaaaaa! inilah buah zucchini ~



alhamdulillah, selamat turun dari bukit. posing dulu !



yeayyyy ! sampai MARDI plak ~





jom cuti mata kat MARDI. 
just showing u the picture.
taknak bebel banyak-banyak.
lets picture tell the story. muehehehhe !







































cantikkan pokok ni. white colour..











dua jejaka tiba-tiba menyelit. 



bunga ni berbentuk kasut. cuba perhatikan betul-betul. ^^



buah pear ~




daun pudina. 




Parsli



kami model cili ! 



ni TERUNG. kenal tak? kalau tak kenal sila masuk tadika balik !


raspberry ! masam ! makan mcm tu je x sedap ~





And all above are the stories ! Maaf hanya menyediakan gambar je. Kalau aku bercerita A to Z, memang tersangatlah panjang entri ni. Mau ada yang tertidur air liur meleleh leleh depan lappy. Anyway, sekadar mahu berkongsi je. Kot-kot boleh memberi maklumat ke apa kepada yang mencari maklumat. *perasan


Semoga apa yang diusahakan berjaya !