Showing posts with label review novel. Show all posts
Showing posts with label review novel. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum ... hye !

oke ,mau share lagik novel yg besstttt ! rugi kalau tak bace ..

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa............. ini dia !




Tajuk : 7 Hari Mencintaiku

Penulis : Siti Rosmizah

Penerbit : SR Publication

Harga : RM32.90 / RM35.90

Muka surat : 1049 



oke , kat bawah ni aku letak sinopsis novel nih . 


Khuzairi , dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana . Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia . Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyinpan impian untuk memilikinya.
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So...apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar...."
Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


okeh ! kat atas tu aku da tulis kan balik sinopsisnya . so senanglah nnt , korang terus grab je novel ni and bayar kat cashier . heheheh ! tak yah susahsusah lagik nk baca sinopsis .. cite ni mmg MELETOPP la beb ! mmg rugi kalo korang tak beli satu sbg collection ..

tak kurang jugak .. byk pengajaran yg korang boleh dpt .. tak caye ? belilah .. tak rugi aw sbb disamping korang seronok , feelingfeeling , korang blh apply ape yg ade dlm novel ni dlm idop korang .. sbb cte ni bkn psl cinta je , tp psl family jugak .. 

act , nk cite byk lg .. tp penat la weyh .. aku nk titow ..


p/s: da 2 bln lebeyh aku ade novel ni .. tp bru skrg buat review ..

Thursday, June 2, 2011

Review Novel : Cucur Bawang & Kopi 'O'

Assalamualaikum n hi to all readers !


Kali nih nk review tok novel yg da lme jugak la ak khatam tp bru nk wat review . tajuknye CUCUR BAWANG & KOPI 'O' ...  novel ni dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC akhir bulan April dulu . Boyfie aku yg belanja . ;) dia sgtt3x memahami hobi aku yg satu ni iaitu membaca dan membuat koleksi novel . Besh ! sanggup layan my hobby walaupun i'm sure die bknlah fanatik novel mcm aku . THANKS A LOT BY  !!!  oppss ! melalut la plak ! okeoke , skrg sy nk cite sket psl novel nih ~ Korgg layaaannn jela erk!  ; )




Tajuk : Cucur Bawang & Kopi 'O'

Penulis : Hasrudi Jawawi

Penerbit : Buku Prima 

Harga : RM 25.90 / RM 28.90



okeh ! mau cerita nih .. novel ni ade 716 pages taw !

Firstly , watak utama dlm novel ni namanya Rudiana . Rudiana bertembung dengan Iskandar dlm satu insiden mase dia tgh lari sbb kena kejar . nak tau kena kejar sbb ape? sbb die curik cucur bawang . kelakar kn ? pada hal dia sendiri terer buat cucur bawang . 


nak dijadikan cerita , disebabkan si Rudiana ni pon tgh menganggur, dia pun bekerja sbg org gaji kat rumah Iskandar. Tugas die adalah utk mnjga anak-2 tiri Iskandar yg teramatlah nkal. Si Rudiana ni pn org gaji yg entah keberapa PULUH ntah.. tp korang jgn salah phm plak . Iskandar tu masih bujang lg . Anak-2 tiri dia tu plak merupakan anak bekas isterinya yg brnama Zakiah . Zakiah tggalkn anak-2 dia pd Iskandar dan Iskandar mnceraikn Zakiah sejurus lpas akad nikah . Ingatkn Zakiah tu anak dara. Rupanya da beranak dua . Lpas pristiwa tu , trpaksalah Iskandar jga ank-2 Zakiah . 


Rudiana pulak bekerja sbg org gaji kat rumah Iskandar dan trpaksa kawen kontrak ngn Iskandar . Yela , dorg trpaksa nikah sbb tkt kena tgkap khalwat . maklumlah dua2 bujang dan Rudiana trpksa tggl di rumah Iskandar utk bekerja . 


mereka tggl serumah . dah hari-2 mengadap muka. mustahil x de perasaan lgsung kn ? nak2 lagi dgn kehadiran ex-gf Iskandar n besfren Iskandar yg mula sukakn Rudiana yg comel walaupun gayanya persis lelaki . 


nak cite lbh2 pon watpe kn.. baik korang gi kdai cri novel nih.. besh aww ! santai gayanya ~ 


SELAMAT MEMBACA !




p/s : semalam gi kedai buku POPULAR kt jj bkt tggi .. meng'usha' novel . tbe2 trdengar kakak nih tnye slh sorg pkerja kat situ .dik , ade x buku Cucur Bawang & Kopi 'O' ?  hehe ! terasa nk je jwb... akak , sy ade novel tu kt rumah . nk pinjam ke ? sbb kesian kt akak tu.. novel tu x de kt POPULAR buat masa nih . mcm susah nk jmpe je sbb ak tgk kt MPH pn xde jgak . 



Monday, May 30, 2011

Review Novel : Maaf , Saya Bukan BIBIK !



Tajuk : Maaf, Saya Bukan BIBIK !

Penulis : NASHMIN

Publisher : JS ADIWARNA SDN. BHD.

Harga :  RM 17 / RM 19

Assalamualaikum n hai to all readers !

Here , i juz wanna share what i have read. Actually , da lme da khatam abis bce novel ni n baru skrg rse trpanggil utk wat review for this book . 

serba sedikit ;

cerita ni mengisahkan seorang gadis bernama Suhana yang gagal dalam SPM nye hanya disebabkn mendapat 9G dlm subjek BAHASA MELAYU . Suhana ni sebenarnya sorg pelajar cemerlang di sekolahnya . Disebabkan terlalu leka dan alpa dengan pujian orang ramai , Suhana seolah - olah lupa yang nikmat kecemerlangannya itu bila-bila masa sahaja boleh ditarik oleh Allah . Dia menganggap subjek Bahasa Melayu SPM itu 'kacang' sahaja baginya. Hasilnya , dia mendapat 9G untuk subjek Bahasa Melayu . Suhana menyesal dan nekad untuk bekerja bagi mengumpul wang untuk mengambil semula SPM dan  menyambung pelajaran memandangkan keluarganya bukan orang berada. Akhirnya Suhana mengambil keputusan bekerja sebagai orang gaji di Perak . Di situ dia ditemukan dengan Cikgu Zaki . Dan kemudiannya bermulalah episod kehidupan baru dalam hidup Suhana . 

Nak tahu endingnya ? Dapatkn lah novel ni.. byk pengajaran dan ilmu yang terisi dalam novel ni.. Kita sendiri boleh contohi ketabahan Suhana , kecekalannya dan keazamannya berusaha mencapai cita-cita. 

Semoga novel ini memberi manfaat pada kita ~